Harian Metro

ANAK TIDUR IBU LALOK

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 33 individu ditahan penguat kuasa dalam operasi

Kuala Lumpur

“Tolonglah encik, jangan tahan saya. Saya ada anak kecil yang perlu dijaga,” rayu seorang ibu muda sambil menangis sejurus ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sebuah bilik sewa di Chow Kit di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, wanita berusia 25 tahun itu ditahan Penguat Kuasa AADK Daerah Dang Wangi kira-kira jam 11 malam ketika turun untuk membeli makanan dan meninggalk­an bayi lelakinya berusia setahun empat bulan di bilik sewa kerana sedang tidur.

Bagaimanap­un, ketika dalam perjalanan pulang, dia ditahan pihak AADK sebelum mengaku mengambil dadah syabu pada petang hari sama.

Menurut wanita itu, dia bekerja sebagai pencuci serta melakukan pelbagai kerja lain untuk membeli dadah dan melepaskan gian di dalam bilik sewa.

Wanita itu mendakwa akan membiarkan anaknya tidur terlebih dahulu sebelum

menagih

 ??  ?? SUSPEK bersama anaknya ketika operasi AADK di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.
SUSPEK bersama anaknya ketika operasi AADK di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.
 ??  ?? PENGUAT kuasa mengepung suspek yang cuba melarikan diri.
PENGUAT kuasa mengepung suspek yang cuba melarikan diri.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia