Harian Metro

Polis masih tunggu laporan kes kemalangan ragut 9 nyawa

-

Polis masih menunggu laporan daripada jabatan dan agensi berkenaan membabitka­n siasatan kemalangan yang meragut sembilan nyawa di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Superinten­dan Som Sak Din Keliaw berkata, laporan daripada Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) di jangka diterima dalam masa kira-kira dua minggu.

Menurutnya, selepas menerima laporan terbabit pihaknya akan melengkapk­an kertas siasatan sebelum menyerahka­n kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Wakil pihak Jabatan Kimia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini (semalam) untuk membuat pemeriksaa­n terhadap ketiga-tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Selepas semua laporan diterima dan kertas siasatan lengkap polis akan menyerahka­nnya kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ipoh, Batu Gajah dan Sungai Siput di Mes Pegawai Kanan Polis di sini semalam.

Dalam kejadian 6.40 pagi Sabtu lalu, sembilan membabitka­n lapan wanita pekerja ladang sengkuang di Malim Nawar, Kampar dan seorang lelaki pemandu van maut selepas van dinaiki bertembung dengan lori membawa muatan ais.

Pemandu lori lelaki berusia 22 tahun yang cedera di kepala sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan polis turut merakam percakapan seorang pemandu kereta Proton Iswara yang turut terbabit dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia