Harian Metro

Atlet karate negara cemerlang akademik

-

Georgetown: Bukan saja cemerlang dalam bidang sukan, atlet karate negara, Lim Chee Wei, 26,

turut berjaya dalam bidang akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera di Upacara Konvokesye­n ke-55, Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.

Ditanya mengenai rahsia kejayaanny­a, atlet yang memenangi dua pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017), Ogos lalu itu berkata, dia hanya fokus di dalam kelas serta perlu bijak membahagik­an masa antara pelajaran dan latihan karate.

Katanya, selain dorongan keluarga, rakan sekelas turut banyak membantu terutama ketika dia tidak dapat hadir ke kuliah bagi menyertai sesuatu pertanding­an.

“Pernah sebulan saya tidak

(gambar)

menghadiri kelas, namun mereka membantu saya menyediaka­n nota dan tugasan selain belajar dalam kumpulan.

“Saya kini melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang sama bagi menjadi ahli sukan berjaya dalam kedua-dua lapangan,” katanya yang berasal dari Jelutong, di sini.

Lim ditemui bersama bapa, Lim Eng Hua, 68, dan ibu, Hong Sang Moy, 61, pada sidang media meraikan kejayaanny­a di USM, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia