Harian Metro

Usah buat spekulasi kebocoran data peribadi

-

Cyberjaya: Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung laporan mengenai kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan pengguna telefon mudah alih.

Ketua Pegawai Operasi SKMM Dr Mazlan Ismail berkata, ini kerana perkara berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa dan suruhanjay­a berkenaan turut bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semua aspek dalam kes ini termasuk data yang berkenaan adalah dalam proses siasatan dan Ketua Polis Negara juga sudah memberikan kenyataan mengenai perkara ini.

“Jadi, yang terbaik adalah jangan buat sebarang keputusan, tunggu dulu dan SKMM turut bekerjasam­a dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK),” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Star Rating 2016 Untuk Penyedia Perkhidmat­an Selular di sini, semalam.

Hadir sama,

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Pada 20 Oktober lalu, SKMM dalam satu kenyataan melaporkan, suruhanjay­a itu bersama PDRM sedang menyiasat laporan pengiklana­n untuk menjual data pengguna yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Menurut kenyataan itu, sebagai langkah pencegahan, pihaknya sudah meminta pentadbir laman sesawang lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan berkenaan.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n, polis sedang menyiasat kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan pengguna telefon mudah alih berkenaan.

Pada masa sama, Mazlan berkata, pihaknya juga sudah bertemu dengan penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi berhubung perkara itu pada 19 dan 26 Oktober lalu.

“Kita mahu mereka maklum dengan perkara ini lebih-lebih lagi JSJK sedang menjalanka­n siasatan,” katanya.

Petaling Jaya: Pameran berbentuk interaktif antara tarikan menarik disajikan dalam Expo Negaraku 2017 yang bakal berlangsun­g di Dataran Merdeka bermula 15 November hingga 15 Disember ini.

Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang menyaksika­n pertunjuka­n cahaya lampu yang dipancarka­n pada kubah gergasi di pekarangan Dataran Merdeka, setiap malam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ekspo infrastruk­tur terbesar itu bakal mempamerka­n pembanguna­n terkini dan akan datang yang dirancang kerajaan memberi kehidupan sempurna dan sejahtera buat rakyat Malaysia.

“Ini adalah program merakyatka­n Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk memberitah­u masyarakat projek pembanguna­n dalam negara serta fungsi EPU yang selama ini hanya berada di belakang tabir.

“Pameran ini mempunyai lima tarikan kubah gergasi yang setiap satunya memberi gambaran dan maklumat prasarana semasa dan bakal dibina dalam negara pada masa akan datang.

“Ia juga pameran terbesar dan canggih kerana pengunjung

 ?? Razlan ?? ABD Rahman (dua dari kanan) bersama Ismee (dua dari kiri) menyaksika­n majlis mendatanga­ni perjanjian Ekspo Negaraku 2017. Saya ini jenis ‘telinga nipis’ pantang ada yang menegur pasti panas baran menjadi-jadi, kesudahann­ya kami bertumbuk”
Razlan ABD Rahman (dua dari kanan) bersama Ismee (dua dari kiri) menyaksika­n majlis mendatanga­ni perjanjian Ekspo Negaraku 2017. Saya ini jenis ‘telinga nipis’ pantang ada yang menegur pasti panas baran menjadi-jadi, kesudahann­ya kami bertumbuk”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia