Harian Metro

Pameran interaktif tarikan Ekspo Negaraku 2017

-

bukan saja memperoleh maklumat, malah berpeluang melalui pengalaman dalam menghargai dan menilai kemudahan dibina kerajaan dengan menyentuh panel interaktif seperti merasai tiupan angin dan air hujan ketika sesi tontonan video,” katanya selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Ekspo Negaraku 2017 antara EPU Jabatan Perdana Menteri dan Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas di sini, semalam. Dokumen MoU ditandatan­gani Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid bagi mewakili MBP, manakala EPU diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral) EPU, Datuk Allauddin Anuar.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan MPB, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarka­n 500,000 kehadiran pengunjung ke Ekspo Negaraku 2017 selama sebulan dianjurkan selain turut menggalakk­an orang ramai menaiki pengangkut­an awam untuk memudahkan perjalanan.

Sebarang maklumat berkaitan ekspo dan tawaran pakej istimewa disediakan, sila layari laman sesawang EPU, Facebook, Instagram dan Twitter Exponegara­ku serta e-melkan pertanyaan kepada sekretaria­t di exponegara­ku@gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia