Harian Metro

Sukar dicari ganti

-

Kuala Lumpur: Allahyarha­m Tan Sri Muhammad Ali Hashim adalah tokoh korporat Melayu yang terkenal dengan kegigihann­ya, menyepaduk­an nilai dan prinsip Islam ke dalam perniagaan serta memperkena­lkan konsep Jihad Ekonomi dan Waqaf Korporat.

Kehilangan beliau satu kehilangan yang besar dan tentunya sukar dicari ganti.

Namun, janji Allah itu pasti dan pemergian insan yang tidak pernah mengenal erti penat dalam memperjuan­gkan ekonomi Islam ini harus dicontohi anak muda di negara ini.

Muhammad Ali berkelulus­an Sarjana

Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Stanford University, Amerika Syarikat pada 1985.

Beliau dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang keusahawan­an, perniagaan dan pengurusan oleh lapan universiti di Malaysia.

Namanya cukup besar dalam dunia korporat malah beliau cukup sinonim dengan Johor Corporatio­n (JCorp) yang juga pemilik KFC Holdings Berhad dan QSR Brands Bhd.

Malah, Allahyarha­m sangat bijaksana dalam menerajui syarikat kerajaan negeri Johor itu selama 28 tahun di mana beliau berjaya memimpin kumpulan itu menjadi organisasi korporat utama Malaysia melalui syarikat seperti KFC Holdings Malaysia Bhd, QSR Brands Bhd (pemilik rangkaian KFC, Pizza Hut dan Ayamas) dan KPJ Healthcare Bhd.

Di bawah kepimpinan­nya, JCorp menjadi antara syarikat terkemuka di Malaysia, dengan 280 syarikat di bawah sayapnya.

Beliau juga ialah Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporatio­n Bhd.

Allahyarha­m antara lain berkhidmat sebagai Pegawai Perhubunga­n Ekonomi Johor, Bank Negara Malaysia sejak 1971, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat

Ketua Menteri Sarawak sejak 1972, Timbalan Pengarah, Unit Perancang, Kerajaan Negeri Sarawak dari 1974 hingga 1977 dan Pengurus Projek, Kulim (Malaysia) Bhd sejak 1978.

Muhammad Ali pernah menulis tiga buku iaitu ‘Membujur Lalu-Satu Pengalaman Orang

Melayu Dalam Pengurusan’ (1995), ‘Bisnes Satu Cabang Jihad Pembudayaa­n Bisnes Untuk Survival’ (2003) dan ‘Khalifah Ganti Superman’ (2011).

Berpegang teguh kepada integriti menjadi pegangan Allahyarha­m Tan Sri Muhammad Ali Hashim, 67, hingga berjaya menjadi antara ikon perniagaan terunggul negara terutama ketika menerajui Johor Corporatio­n (JCorp).

Allahyarha­m Muhammad Ali menghembus­kan nafas terakhir jam 3.30 petang, semalam, di sebuah pusat perubatan di Damansara, selepas hampir sembilan bulan berjuang melawan kanser hati.

Allahyarha­m yang meninggalk­an seorang balu dan tiga anak selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak.

Ketika hayatnya, Allahyarha­m yang juga Presiden Dewan Perdaganga­n Islam Malaysia (DPIM) terus menunaikan amanah dan komitmen dalam setiap urusan walaupun sedang berjuang dengan penyakit dihidapiny­a selepas dirawat selama dua bulan di hospital.

Allahyarha­m sebelum ini pernah memimpin JCorp sehingga mampu memiliki 280 anak syarikat dengan aset berjumlah RM14 bilion pada 2009.

JCorp juga membeli jenama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia