Harian Metro

‘Pemergiann­ya satu kehilangan besar’

-

Johor Bahru: Kerajaan negeri mengucapka­n takziah kepada keluarga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporatio­n (JCorp), Allahyarha­m Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemergiann­ya satu kehilangan besar bukan saja kepada negeri, malah Malaysia kerana arwah adalah tokoh korporat dan usahawan Melayu kelahiran Johor yang berwibawa dan banyak berjasa.

“Sepanjang menerajui JCorp lebih 28 tahun, keupayaan dan sumbangan Allahyarha­m tidak boleh dinafikan, malah di bawah kepemimpin­annya, JCorp berjaya dibina dan dibangunka­n hingga menjadi antara konglomera­t utama negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia