Harian Metro

Kongsi maklumat, perkukuh hubungan

-

Kuala Lumpur: Pejabat Media Diraja (RPO) Johor mengadakan lawatan ke Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), semalam untuk berkongsi maklumat dan mengukuhka­n hubungan antara kedua-dua pihak.

Lawatan membabitka­n sembilan petugas RPO disambut Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Jalil Abdul Hamid, Pengarang Eksekutif (Berita, Rencana dan Digital) Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Penulis Kanan Khas Harian Metro (HM) Tuan Asri Tuan Hussien.

Turut sama Pengarang Bersekutu Rencana HM Husain Jahit dan Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi.

Ketua Pegawai Media RPO Ravi Nambiar berkata, lawatan itu secara tidak langsung membolehka­n pihak Keluarga Diraja Johor mengenali lebih lanjut perjalanan petugas media di syarikat konglomera­t media terbesar negara itu.

Pada sesi lawatan selama lebih satu jam itu, petugas RPO turut dibawa meninjau operasi bahagian editorial tiga akhbar utama di bawah kumpulan NSTP iaitu NSTP, Berita Harian dan Harian Metro.

 ??  ?? ABDUL Jalil (empat dari kanan) mendengar penerangan Ravi (berdiri) ketika lawatan ke Balai Berita Bangsar.
ABDUL Jalil (empat dari kanan) mendengar penerangan Ravi (berdiri) ketika lawatan ke Balai Berita Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia