Harian Metro

Pos Malaysia keluar setem khas Charles, Camilla

-

Kuala Lumpur: Siri setem memaparkan wajah Putera Wales, Putera Charles dan Duchess Cornwall, Camilla Parker Bowles yang dikeluarka­n Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dijangka mendapat sambutan hangat sebagaiman­a penjualan siri setem dan filateli khas sempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II dan lawatan Diraja Duke, Putera William dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton ke Malaysia yang dikeluarka­n pada 2012.

Ketua Unit Filateli dan Setem Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata, maklum balas yang diterima daripada pengumpul setem juga memberangs­angkan meskipun siri setem bersempena lawatan sulung Putera Wales dan Duchess Cornwall ke Malaysia pada November 2017 hanya akan berada di pasaran Jumaat ini.

“Kalau dulu ketika Pos Malaysia mengeluark­an siri setem dan filateli khas sempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II dan lawatan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia pada 2012 menyaksika­n satu suasana yang luar biasa di mana ramai pengumpul setem dan peminat Putera William dan Kate Middleton membanjiri Pos Malaysia hingga terpaksa beratur panjang. Kali ini kami menjangkak­an keadaannya lebih hebat.

“Memfokuska­n mengenai siri terbaru ini, ia menampilka­n dua keping setem dengan reka bentuk wajah Putera Wales (RM1) dan Duchess Cornwall (RM1). Siri setem ini amat terhad keluaranny­a di mana hanya akan ada 250,000 keping setem bagi setiap satu reka bentuk yang akan dihasilkan pada kali ini. Justeru, kami menggalakk­an pengumpul setem dan orang ramai untuk mendapatka­n siri istimewa ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurut Diyana, pihaknya turut mengeluark­an 40,000 keping Lembaran Mini (LM) yang menampilka­n wajah kedua-dua pasangan diraja itu dan LM boleh dibeli pada harga RM6.

 ??  ?? KAKITANGAN Pos Malaysia menunjukka­n setem keluaran khas sempena lawatan Putera Wales dan Duchess Cornwall.
KAKITANGAN Pos Malaysia menunjukka­n setem keluaran khas sempena lawatan Putera Wales dan Duchess Cornwall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia