Harian Metro

Cuba sogok RM10,000 Reman empat hari

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Tiga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), hadir ke Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, Jalan Chocraine, di sini, untuk membuat laporan berhubung kejadian seorang lelaki bergelar Datuk Seri memukul mereka.

Semua mereka hadir di pejabat SPRM kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas dinasihatk­an membuat laporan ekoran terdapat individu yang cuba menawarkan wang bagi menarik semula laporan polis.

Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin berkata, ketiga-tiga anggota RELA itu turut diambil keterangan sejurus laporan dibuat.

“Mereka ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur ditemani pegawai kami dari Hulu Langat.

“Saya difahamkan proses berkenaan tamat kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) kerana pegawai penyiasat turut mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anggota,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan ada ‘orang tengah’ menghubung­i seorang mangsa dan menawarkan imbuhan wang RM10,000 supaya menarik laporan polis.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki yang mengaku dirinya Datuk Seri didakwa memukul tiga anggota RELA kerana tidak menunjukka­n hormat kepadanya ekoran disuruh untuk mengalih kenderaann­ya.

Ampang: Lelaki bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), ketika mereka bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu direman empat hari bermula semalam.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarka­n tempoh reman hingga 3 November depan bagi membolehka­n siasatan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana

 Tiga anggota RELA buat laporan SPRM ‘orang tengah’ Datuk Seri minta tarik balik laporan polis

Zulkifli berkata, dia meminta anggota terbabit membuat laporan kepada SPRM selepas dinasihatk­an Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri menggunaka­n kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalanka­n kewajipann­ya.

Terdahulu, lelaki yang memakai baju kemeja berwarna putih tiba di mahkamah jam 9.30 pagi dan dia diiringi anggota polis ke kamar mahkamah jam 10.50 pagi untuk prosiding reman.

Prosiding itu mengambil masa lebih sejam sebelum suspek dibawa keluar jam 12 tengah hari.

Kelmarin Datuk Seri itu ditahan polis jam 4 petang selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Dalam Negeri.

Sementara itu, SPRM akan menjalanka­n siasatan terhadap sebarang kes dilaporkan kepada mereka yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa. Seremban: Seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai Datuk dipenjara dua hari dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas terbabit dalam penipuan tender projek bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, tujuh tahun lalu.

Hakim G Ramesh menjatuhka­n hukuman terhadap Ahmad Omar Noordin, 54, yang juga pelobi projek selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan membabitka­n kerugian lebih RM200,000.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menipu ahli perniagaan berusia 66 tahun dan memperdaya akan memperoleh projek pembinaan jalan perimeter, jalan keselamata­n dan pagar dicadangka­n di klia2.

Mangsa diperdaya menyerahka­n wang RM205,000 melalui dua transaksi berbeza menggunaka­n nama isteri tertuduh masing-masing di sebuah bank di Jalan Dato’ Bandar Tunggal, di sini, pada 18 Ogos 2010 dan Jalan Melewar, Kuala Pilah, dekat sini, pada 3 September 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Ahmad Omar memberi jaminan syarikat diwakili mangsa akan mendapat projek berikutan tertuduh mengenali pegawai atasan di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Tertuduh mendakwa, pegawai itu akan membantu membocorka­n anggaran harga tender yang perlu diletakkan kontraktor bagi membolehka­n mereka mendapat tender projek.

 ?? Zulkifli Abidin ?? Saya difahamkan proses berkenaan tamat kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) kerana pegawai penyiasat turut mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anggota” LELAKI berstatus Datuk Seri yang didakwa memukul anggota RELA direman di Mahkamah Sesyen...
Zulkifli Abidin Saya difahamkan proses berkenaan tamat kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) kerana pegawai penyiasat turut mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anggota” LELAKI berstatus Datuk Seri yang didakwa memukul anggota RELA direman di Mahkamah Sesyen...
 ??  ?? ANGGOTA RELA yang diserang lelaki bergelar Datuk Seri membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.
ANGGOTA RELA yang diserang lelaki bergelar Datuk Seri membuat laporan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? AHMAD Omar hadir di Mahkamah Sesyen, Seremban, semalam.
AHMAD Omar hadir di Mahkamah Sesyen, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia