Harian Metro

Fazura tidak tolak jodoh dengan Fattah

-

Kuala Lumpur: Pelakon popular Fazura tidak menolak jika ditakdirka­n bertemu jodoh dengan Fattah Amin seperti dimahukan peminatnya.

Fazura berkata, setiap kata-kata peminat adalah satu doa.

“Saya okey saja dengan apa yang peminat katakan. Lagi pun mereka mendoakan perkara yang baik-baik, jadi tiada salahnya dan saya menerima saja. Kalau ada jodoh saya dengan Fattah adalah.

“Saya anggap perkara ini disebabkan keberkesan­an gandingan kami dalam drama kerana bukan mudah untuk membina keserasian,” katanya.

Selepas berganding dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, peminat sering mendoakan dan berharap mereka disatukan.

Fazura berkata, bukan saja Fattah, malah dia juga dikaitkan dengan artis lelaki lain jika mereka digandingk­an dengannya.

“Mungkin sekarang mereka mahu melihat saya bersama Fattah. Mungkin apabila saya digandingk­an dengan Remy Ishak selepas ini, mereka akan bercakap perkara sama juga,” katanya.

 ??  ?? FAZURA
FAZURA
 ??  ?? FATTAH Amin
FATTAH Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia