Harian Metro

Peraga gaun nasi lemak

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

 Samantha Katie James gaya busana identiti Malaysia pada edisi ke-66 Miss Universe di Las Vegas

Wakil Malaysia ke pertanding­an Miss Universe 2017 Samantha Katie James, 22, bakal menggayaka­n pakaian kebangsaan bertemakan nasi lemak rekaan Brian Khoo pada pertanding­an ratu cantik itu, hujung November nanti.

Pakaian yang melambangk­an identiti Malaysia itu dipilih untuk diperagaka­n Samantha pada edisi ke-66 pertanding­an itu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pengarah kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia Datin Elaine Daly berkata, konsep itu dipilih kerana nasi lemak cukup kuat untuk digambarka­n sebagai identiti negara ini.

“Evolusi pakaian kebangsaan sudah berubah. Sebelum ini kita mengangkat tema tradisiona­l seperti songket dan batik. Beberapa negara seperti Thailand dan Myanmar pula tampil kreatif mengenakan baju bertemakan kenderaan tuk tuk dan patung boneka yang menjadi identiti mereka.

“Tahun lalu, baju bertemakan menara berkembar Petronas yang digayakan Kiran Jassal menjadi viral serta-merta. Disebabkan itu, tahun ini kami membawa nasi lemak yang cukup popular sebagai identiti negara kita,” katanya.

Fesyen itu menyaksika­n Samantha mengenakan gaun putih yang digambarka­n sebagai nasi lemak dan dihiasi replika sambal, ikan bilis, telur rebus dan timun.

Sementara itu, bahagian belakangny­a pula dihiasi tiga daun pisang yang digambarka­n sebagai pembungkus nasi lemak.

Samantha memenangi gelaran

Februari lalu selepas menewaskan 16 peserta lain.

Segmen pakaian kebangsaan dinantikan dan penting dalam pertanding­an itu.

 ??  ?? SAMANTHA mengenakan pakaian bertema Nasi Lemak rekaan Brian Khoo.
SAMANTHA mengenakan pakaian bertema Nasi Lemak rekaan Brian Khoo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia