Harian Metro

Nana selesa bersahabat dengan artis lelaki bujang

-

Kuala Lumpur: Dikeliling­i artis lelaki muda dan popular, tentunya penyanyi Siti Nordiana Alias, 32, dicemburui peminat dan menjadi rebutan ramai jejaka.

Bagaimanap­un, Siti Nordiana atau Nana akui peminat memahami hubungan baiknya bersama selebriti lelaki bujang hanya sekadar kawan rapat.

Menurutnya, tiada istilah dirinya menjadi rebutan sesiapa pun kerana hubungan rapat itu atas dasar persahabat­an semata-mata.

“Apa yang pasti peminat saya tahu setiap selebriti lelaki bujang yang rajin komen di akaun

(IG) saya ialah kawan baik yang rapat dengan saya.

“Apatah lagi, saya sendiri selesa berkawan rapat dengan mereka memandangk­an saya tidak ramai kawan perempuan,” katanya.

Antara selebriti lelaki yang solo dilihat agak rapat dan berkawan baik dengan Nana sekarang ialah Zoey Rahman, Fikry Ibrahim dan Khai Bahar.

Menurut Nana, memang tiada hubungan istimewa dijalin kerana dia selesa bersahabat.

“Urusan jodoh saya tidak tahu, tetapi buat masa sekarang saya memang selesa berkawan saja.

“Apa yang membuatkan saya, Zoey, Fikry dan Khai selesa jadi kawan ialah kami satu kepala, suka bergurau dan tidak lupa sentiasa menyokong karier masing-masing,” katanya.

Nana berterima kasih kepada peminatnya kerana cukup memahami dan tidak jemu memberi sokongan kepadanya dan rakan selebriti lelaki yang bersahabat baik dengannya.

“Sebenarnya, saya bersyukur dan puas hati kerana peminat faham. Saya tidak mahu mereka (peminat) salah sangka.

“Lagipun, sudah lapan tahun menjadi ibu tunggal membuatkan saya kuat berdikari,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia