Harian Metro

Sekuel ALF disambung lepas Aidilfitri tahun depan

-

Penerbit filem dan pengasas Skop Production Sdn Bhd Datuk Yusof Haslam mengesahka­n sekuel filem Abang Long Fadil (ALF) akan diteruskan dengan mengekalka­n pelakon utamanya, Zizan Razak.

Menurutnya, susulan kejayaan filem arahan anaknya, Syafiq iaitu Abang Long Fadil 2 (ALF2) mengutip RM18.1 juta selepas ditayangka­n di lebih 100 pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos lalu, pihaknya merancang meneruskan sekuelnya, ALF3.

“ALF3 dijangka membabitka­n kos RM4 juta itu hadiah kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap industri filem Melayu tanah air.

“Penggambar­annya dijangka akan dimulakan selepas Aidilfitri tahun depan iaitu selepas tayangan filem ketujuh arahan Syafiq iaitu

KL

yang ditayangka­n pada Mac tahun depan,” katanya.

Yusof ditemui pada majlis meraikan kejayaan

(LFS)

Kuala Terengganu, semalam, yang menjadi pawagam memperoleh kutipan tertinggi dan jumlah penonton terbesar seluruh negara untuk filem ALF2 terbitan Skop Production itu dengan jumlah kutipan lebih RM700,000.

Special Force

Five Star Cinemas

Lotus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia