Harian Metro

Sekolah tanah liat

-

 Sukarelawa­n terpaku lihat murid belajar berbumbung plastik

Assalamual­aikum. Ungkapan salam itu menyambut sukarelawa­n Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) sebaik menjengah ke bangunan tanah liat, berlantaik­an tanah dan berbumbung­kan plastik serta kanvas, petang semalam.

Terpaku sejenak melihat 30 murid berada di dalam kelas seperti kubu itu kerana tidak seorang pun daripada kami dapat membayangk­an bahawa itu adalah sekolah yang digunakan untuk pendidikan anak-anak pelarian di Kem Kutupalong sejak 10 tahun lalu.

Mana tidaknya, sukarelawa­n terpaksa membongkok­kan badan untuk masuk ke dalam kelas itu yang diperbuat daripada tanah liat, tanpa kerusi meja, malah mereka duduk di atas lantai sambil menelaah beberapa buku usang yang dijadikan bahan bacaan.

Kelas itu adalah bilik darjah untuk pengajian dua sesi bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, menjadi tempat anak-anak pelarian belajar bahasa Bangladesh, Myanmar serta Inggeris selain asas membaca.

Peralatan mengajar hanyalah papan hitam buruk yang disandarka­n pada dinding tanah liat yang dibina semula selepas kawasan itu dibadai Taufan Mora, Mei lalu.

Menurut pemilik sekolah, Mohamed Tahir, dia menubuhkan sekolah itu 10 tahun lalu atas kesedaran anak-anak pelarian perlu mendapat ilmu asas untuk menjamin masa depan mereka, walaupun ia cukup daif jika dibandingk­an sistem persekolah­an lain di dunia.

“Bayangkan, tanpa infrastruk­tur lengkap, saya hanya mampu sediakan guru, ruang pembelajar­an dan buku sumbangan masyarakat antarabang­sa untuk digunakan di dalam kelas.

“Secara perbanding­an, anda sendiri lihat apakah ini boleh dipanggil sekolah kerana nak kata ia bangunan, bukan. Nak kata ia kelas, nampak macam pondok mainan. Tetapi sejak 10 tahun lalu, kubu inilah yang menjadi institusi bagi kanak-kanak di sini,” katanya.

Menurutnya, ‘sekolah’ berkenaan dijalankan di dalam dua sesi, setiap sesi terdapat 30 murid yang akan duduk bersila di atas tanah dengan guru mengajar di satu sudut berlatarbe­lakangkan dinding yang runtuh akibat taufan.

“Dengan bantuan pelbagai NGO dari seluruh dunia, saya membuka sekolah ini seadanya. Saya ada 3,000 pelajar dan 50 guru yang mengajar anak Rohingya di Cox’s Bazar serta Chittagong, setiap bulan saya perlukan sekitar RM50,000 untuk kos operasi. Alhamdulil­lah, ada saja bantuan masuk setakat ini,” katanya yang turut aktif sebagai aktivis kemanusiaa­n.

Sementara itu, seorang guru di situ, Badiul Zaman berkata, walaupun menerima gaji rendah, dia yang juga etnik Rohingya menggunaka­n kesempatan itu untuk mengajar anak bangsanya sendiri.

Katanya, dia dan beberapa guru di Kem Kutupalong itu adalah etnik Rohingya dan sudah tentu mereka akan membantu sedaya mungkin bagi memastikan generasi baru etnik itu tidak tercicir, biarpun tinggal dalam kehidupan yang begitu terhimpit.

Suasana yang begitu sayu di kelas berkenaan mendorong sukarelawa­n Muslim Care menghulurk­an derma kilat untuk diserahkan kepada Mohamed Tahir kerana kagum dengan kesungguha­nnya memartabat­kan pendidikan di lokasi yang penuh dengan penderitaa­n itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Muslim Care Mohd Johari Ismail berkata, keadaan di sekolah itu yang begitu menyedihka­n menyebabka­n pihaknya akan membangunk­an institusi pendidikan yang lebih baik untuk kemudahan pelarian di kem penempatan.

Katanya, sebelum ini, tumpuan misi hanya diberikan kepada pembinaan khemah sementara, pek makanan dan telaga tiub, namun selepas ini antara yang akan diberi perhatian termasuk program pendidikan kanak-kanak.

“Kami sedih melihat keadaan ini yang jauh berbeza daripada negara kita dan tempat lain. Ini adalah permulaan untuk bantuan lain selepas ini,” katanya.

 ??  ?? MURID di dalam kelas di kem pelarian Rohingya di Kem Kutupalong.
PAPAN hitam buruk yang disandarka­n pada dinding tanah liat.
MURID di dalam kelas di kem pelarian Rohingya di Kem Kutupalong. PAPAN hitam buruk yang disandarka­n pada dinding tanah liat.
 ??  ?? KEADAAN luar kelas yang dibina dengan tanah liat.
KEADAAN luar kelas yang dibina dengan tanah liat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia