Harian Metro

Bakal bangun tahfiz, program pendidikan

-

Cox’s Bazar: Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), akan membangunk­an pusat tahfiz dan membantu program pendidikan kanak-kanak pelarian di beberapa kem pelarian.

Menyifatka­n misi kemanusiaa­n Untukmu Rohingya di Cox’s Bazar sejak Jumaat lalu mencapai matlamat disasarkan, Presidenny­a Zulkifli Wahijan berkata, hasil pemerhatia­n di beberapa kem mendapati, wujud keperluan untuk membantu anak-anak pelarian dalam bidang pendidikan.

Katanya, ia merangkumi pengajian agama, pembelajar­an al-Quran dan mata pelajaran asas lain kerana jumlah mereka yang tercicir adalah begitu tinggi dan berbanding sekolah yang dibangunka­n di situ.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan mengaktifk­an program pendidikan bersama rakan pertubuhan bukan kerajaan di Bangladesh dan kita akan kumpulkan dana hasil sumbangan rakyat Malaysia,” katanya selepas melawat sebuah sekolah di Kem Kutupalong, di sini.

Dalam kunjungan ini, sukarelawa­n Muslim Care dibawa melihat dua bangunan sekolah yang begitu daif dan memerlukan sumbangan termasuk bahan bacaan seperti buku teks dan latihan.

Ia mengakhiri misi kemanusiaa­n kali ini yang mencatatka­n pencapaian baru yang memberi manfaat kepada pelarian terutama dari segi perubatan serta kesihatan.

Zulkifli berkata, biarpun rawatan diberikan kepada lebih 900 pelarian, masih ramai yang tidak dapat dibantu kerana jumlah ubat yang dapat dibawa ke kem begitu terhad selain jumlah pelarian yang ‘luar biasa’.

Justeru beliau mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi ini melalui akaun Muslim Care 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­7470 (Bank Islam) atau hubungi Setiausaha Agung Muslim Care Zakaria Abd Latif di talian 0126935938.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia