Harian Metro

‘Dakwaan bohong...’

-

Kuala Lumpur: Dakwaan pembangkan­g yang menjaja kononnya ada 300,000 kaum India di negara ini yang terabai dan teraniaya tanpa memiliki hak kewarganeg­araan terbukti tidak benar menerusi kempen MyDaftar Mega dilaksanak­an kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dakwaan berkenaan pembohonga­n semata-mata memandangk­an hanya kira-kira 2,500 permohonan yang diterima daripada kaum India di negara ini yang tidak memiliki kewarganeg­araan termasuk mereka yang lahir sebelum kemerdekaa­n negara serta kelahiran tidak didaftarka­n.

“Menerusi inisiatif MyDaftar yang masuk ke segenap pelosok, selongkar di segenap negeri dan cari di serata tempat, tidak ada 300,000 sebagaiman­a yang diuar-uarkan, sampai ke Parlimen Westminist­er dijaja bahawa kita aniaya kaum India di negara ini.

>>Seramai 177 orang menerima Surat Kelulusan Kewarganeg­araan

“Ini cerita dongeng, yang kita dapat hanya 2,500 permohonan... cerita tidak betul, sama macam cerita kita bawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh pada pilihan raya lalu, juga sama cerita negara akan bankrap, banyak cerita auta dan tidak berasas seperti diuar-uarkan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Kewarganeg­araan kepada kaum India, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramania­m dan pemimpin parti mewakili kaum India termasuk Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Makkal Sakti.

 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis penyerahan Surat Kelulusan Kewarganeg­araan di Menara DBKL, semalam.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis penyerahan Surat Kelulusan Kewarganeg­araan di Menara DBKL, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia