Harian Metro

Kadar kesuburan terendah

-

 Purata bilangan bayi dilahirkan pada 2016 tak cukup untuk ganti diri, pasangan

Kadar kesuburan di negara ini pada 2016 adalah yang terendah pernah direkodkan sejak pembentuka­n Malaysia pada 1963, kata Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurut laporan Perangkaan Penting Malaysia 2017, pada tahun lepas kadar peratusan kesuburan bagi setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun di negara ini turun kepada 1.9 anak, berbanding 2.0 anak pada 2015, katanya.

“Kadar itu berada di bawah paras penggantia­n 2.1 anak, iaitu purata bilangan bayi yang dilahirkan seorang wanita sepanjang tempoh kesuburann­ya adalah tidak mencukupi untuk menggantik­an dirinya dan juga pasanganny­a.

“Ini disebabkan bilangan kelahiran hidup yang direkodkan pada 2016 menurun kepada 508,203 berbanding 521,136 pada 2015 iaitu penurunan 2.5 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, penurunan bilangan kelahiran itu mengakibat­kan kadar kelahiran kasar bagi setiap 1,000 penduduk menurun daripada kadar 16.7 pada 2015 kepada 16.1 pada 2016.

Mohd Uzir berkata, penurunan itu selari dengan negara maju lain seperti Australia (1.8 anak), United Kingdom (1.8 anak), Kanada (1.6 anak) dan 1.2 anak masing-masing bagi Korea Selatan dan Singapura.

Selari dengan penurunan kadar kelahiran, katanya purata umur ibu pada kelahiran pertama juga terus meningkat dari 27.6 tahun pada 2015 kepada 27.7 tahun pada 2016.

“Secara amnya, peningkata­n purata umur ibu pada kelahiran pertama memberi indikasi terhadap tempoh reprodukti­f wanita yang semakin singkat,” katanya.

Beliau berkata katanya laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2017 pula menunjukka­n jumlah kematian yang direkodkan di Malaysia pada 2016 adalah 162,201 iaitu peningkata­n 4.1 peratus berbanding 155,786 kematian pada 2015.

“Bagi setiap 1,000 penduduk kadar kematian juga meningkat daripada 5.0 pada 2015 kepada 5.1 pada 2016,” katanya.

Mohd Uzir berkata selari dengan peningkata­n dalam jumlah populasi penduduk tua di Malaysia iaitu 65 tahun ke atas, kadar kematian juga menunjukka­n sedikit peningkata­n setiap tahun mulai 2011 sehingga sekarang.

Menurutnya, penyakit berkaitan jantung adalah penyebab utama kematian di Malaysia pada 2015 dan 2016 dengan masing-masing mencatatka­n kadar 13.7 peratus dan 13.2 peratus.

Katanya pneumonia pula dikenal pasti sebagai punca kematian kedua tertinggi pada 2016 iaitu 12.5 peratus diikuti penyakit berkaitan peredaran darah (6.9 peratus), kemalangan melibatkan kenderaan (6.9 peratus) serta barah trakea, bronkus dan paru-paru (2.2 peratus).

Penyakit berkaitan jantung atau juga merupakan penyebab utama kematian pramatang bagi penduduk berumur kurang dari 70 tahun,” katanya.

Mohd Uzir berkata, Perangkaan Penting Malaysia 2017 dan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2017 turut memaparkan pelbagai indikator demografi pada 2016 sebagai input kepada pembentuka­n dan pemantauan dasar di peringkat nasional, negeri dan daerah.

 ?? Dr Mohd Uzir Mahidin ?? Kadar itu berada di bawah paras penggantia­n 2.1 anak iaitu purata bilangan bayi yang dilahirkan seorang wanita sepanjang tempoh kesuburann­ya adalah tidak mencukupi untuk menggantik­an dirinya dan juga pasanganny­a”
Dr Mohd Uzir Mahidin Kadar itu berada di bawah paras penggantia­n 2.1 anak iaitu purata bilangan bayi yang dilahirkan seorang wanita sepanjang tempoh kesuburann­ya adalah tidak mencukupi untuk menggantik­an dirinya dan juga pasanganny­a”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia