Harian Metro

‘Tak bermakna ekonomi negara teruk’

-

Putrajaya: Penutupan lima cawangan pasar raya besar Giant mulai 5 November ini bukan menggambar­kan keadaan ekonomi negara yang teruk, sebaliknya GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd kini dalam perancanga­n untuk mengecilka­n saiz cawanganny­a.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaska­n, CGH yang juga pemilik Giant sudah memaklumka­n mengenai penutupan cawangan itu kepada kementeria­n.

“Sebenarnya, mereka cuba berunding dengan pemilik bangunan berkaitan kadar sewa. Mereka memaklumka­n untuk mengecilka­n saiz pasar raya besar berkenaan memandangk­an

pengguna kini yang lebih gemar membeli secara dalam talian.

“Dalam hal ini, jika pengendali pasar raya dan pemilik bangunan tidak mencapai persetujua­n mengenai kadar sewa, pemilik syarikat akan mencari kaedah lain dengan menutup di kawasan itu dan berpindah ke lokasi lain yang lebih kompetitif bagi memastikan perniagaan kekal,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpuna­n Bulanan di KPDNKK, di sini, semalam.

Turut hadir, Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh.

Sebelum ini, media melaporkan, lima pasar raya Giant akan ditutup mulai 5 November ini berikutan keputusan syarikat untuk tidak menyambung perjanjian pajakan premis yang sudah tamat.

Cawangan yang akan ditutup ialah di Sri Manjung, Perak, Sungai Petani, Kedah, Shah Alam dan Selayang Lama di Selangor serta Sibu, Sarawak.

Hamzah berkata, ketika ini Giant mempunyai 51 cawangan pasar besar dan 71

di seluruh negara. “Jadi, kalau tutup satu, dua atau tiga masih ada banyak lagi (cawangan). Kalau persaingan dan

di kawasan itu kurang, saya rasa adalah adil untuk menukar daripada pasar raya besar kepada pasar raya saja.

“Saya rasa kita (kerajaan) juga perlu mengikut trend semasa dan membenarka­n mereka mengurangk­an kos dengan mengecilka­n saiz cawangan,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia