Harian Metro

RM250j bina hospital pakar jantung

-

Shah Alam: Sebuah hospital pakar rawatan jantung dan vaskular membabitka­n kos pembinaan RM250 juta akan dibina di Seksyen 13, di sini, dan mula beroperasi menjelang suku keempat 2020 nanti.

IJN Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama strategik SELGATE Corporatio­n Sdn Bhd menawarkan harga berpatutan dan menyasarka­n kumpulan berpendapa­tan serderhana sebagai pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN Holdings Datuk Dr Mohd Azhari Yakub berkata, kerjasama itu antara usaha pihaknya menawarkan rawatan penjagaan kesihatan yang terbaik di Selangor.

“Kami akan bekerjasam­a dengan SELGATE iaitu anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi pemindahan teknologi dan kepakaran dalam aspek operasi, pengurusan hospital, sistem maklumat kesihatan, latihan sumber manusia dan jaminan kualiti.

“Pembinaan Hospital Pakar IJN-SELGATE itu bagi memenuhi permintaan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di negeri ini. Ia turut akan mentransfo­rmasikan penjagaan kesihatan swasta antaranya berkaitan rawatan kesihatan dan penawaran perkhidmat­an,” katanya selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara kedua-dua syarikat itu, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia