Harian Metro

Ikhlas bimbing diri menuju Maha Esa

-

Apabila manusia hilang keakraban dengan Allah SWT, maka itu adalah sekecil-kecil kehinaan di sisi-Nya. Keadaan itu biasanya dipamerkan melalui kualiti ibadat yang semakin merudum.

Apabila ibadat seorang hamba itu tidak meningkat, ilmu yang membuat kita takut kepada Allah juga tidak bertambah.

Ia boleh berlaku kepada hamba yang dulunya begitu menjaga solat wajib, malah yang solat sunat juga tidak ditinggalk­an.

Bagaimanap­un, semua itu dilakukan ketika dia menghadapi kesusahan seperti menanggung bebanan hutang.

Setiap kali beribadat, dipanjatka­n doa supaya hutangnya dapat segera dilangsaik­an. Atas sifat Maha Kaya Allah doanya itu dimakbulka­n.

Tetapi, apabila hutang dapat dibayar, berdoa pula semakin berkuranga­n, malah semangat untuk beribadat juga semakin hilang.

Jika sebelum ini, pada waktu Subuh, dia antara orang yang tiba awal ke masjid atau surau sebelum azan dilaungkan.

Namun, rutin itu tidak lagi diikuti apabila mula tiba di masjid atau surau ketika azan berkumanda­ng. Hari berikutnya tiba di masjid selepas selesai azan.

Hari seterusnya, ketika azan dilaungkan dia masih berada di rumah dan akhirnya membuat keputusan untuk melakukan solat secara sendirian di rumah.

Begitu juga dengan majlis ilmu yang dulu selalu dikejar dan tidak pernah terlepas dihadiri, lama-kelamaan semakin ditinggalk­an dan tidak diambil peduli.

Apabila berlaku amalan seumpama itu, maka setiap daripada kita perlu sentiasa ingat bagaimana apabila kita meninggal dunia dalam keadaan berdosa.

Begitu apabila amalan atau tindak-tanduk yang kita lakukan dalam hidup ini tidak berpusat pada keikhlasan semata-mata kerana Allah.

Orang yang ikhlas adalah mereka yang memiliki kekuatan rohani untuk membimbing diri menuju kepada Allah.

Kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha bagi memelihara iman dengan meniatkan segala amal perbuatan demi untuk Allah semata-mata.

Nabi Muhammad SAW juga selalu menasihatk­an sahabatnya supaya sentiasa mengingati mati. Pada satu hari, baginda pergi ke masjid dan di sana baginda mendapati beberapa sahabat sedang ketawa dan bergurau senda.

Nabi Muhammad berkata, “Ingatlah kepada mati. Demi Zat yang nyawa saya berada dalam kekuasaan-Nya, apabila kalian mengetahui apa yang saya tahu, pasti kalian ketawa sedikit dan banyak menangis.”

Mengingati mati dapat memberhent­ikan atau mengawal diri daripada berbuat dosa dan aniaya. Akhirnya memberi faedah kepada kita untuk terarah melakukan perintah Allah pada setiap masa dan walau di mana kita berada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia