Harian Metro

Hargai semua pengasas Malaysia

-

Muzium lambangkan konsep 1Malaysia kerana tampil

tokoh dari Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak

Walaupun semua tokoh itu sudah meninggal dunia tetapi aura kepemimpin­an mereka seolah-olah masih hidup apabila kisah mereka diabadikan di Memorial Negarawan di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Pembinaan memorial itu sebagai pengiktira­fan di atas sumbangan mereka yang turut membantu mewujudkan Malaysia menjadi negara maju, aman, bersatu padu dan bertoleran­si.

Dibuka kepada umum pada September lalu, memorial terbabit menempatka­n koleksi barangan peribadi milik tokoh berkenaan yang disumbangk­an oleh keluarga mereka dan yayasan masingmasi­ng.

Apa yang menarik mengenai muzium itu ialah ia melambangk­an konsep 1Malaysia kerana tokoh terbabit terdiri daripada pelbagai kaum dari Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

1. Tun Dr Ismail Abdul Rahman

Dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor

Bahru. Pembabitan awal beliau dalam politik negara bermula selepas menjadi ahli jawatankua­sa pertama Hizbul Muslimin pada 1948. Setelah Persekutua­n Tanah Melayu dibentuk, beliau dilantik sebagai ahli Bebas Dewan Undangan Negeri Johor.

Beliau menyertai

UMNO pada 1951 dan sejak itu memegang beberapa jawatankua­sa iaitu Jawatankua­sa Pusat UMNO, Jawatankua­sa Siasah dan Pilihanray­a serta Pengerusi Jawatankua­sa Kewangan UMNO.

Kemudian, beliau dipilih sebagai Naib Presiden UMNO dan seterusnya Timbalan Presiden UMNO. Pada awal 1952, beliau terbabit dalam pembentuka­n Perikatan membabitka­n UMNO dan MCA. Sekali lagi pada 3 Februari 1953, beliau mewakili UMNO dalam Rundingan Meja Bulat di Kuala Lumpur bagi mengukuhka­n hubungan UMNO-MCA.

Ketrampila­n politiknya menyebabka­n Tun Dr Ismail dipilih menyertai rombongan kemerdekaa­n yang bertolak ke London pada 1 Januari

1956 bersama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak, wakil raja dan beberapa tokoh politik lain.

Selepas menyandang jawatan sebagai Menteri Berkuasa Penuh Tanpa Jabatan pada September 1957, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Keselamata­n Dalam Negeri pada November 1960 bagi menghadapi suasana darurat dihadapi Tanah Melayu akibat aktiviti militan Parti Komunis Malaya.

Tun Dr Ismail terpaksa berhadapan konfrontas­i Malaysia-Indonesia yang berlaku pada 1963 kerana Indonesia tidak mengiktira­f penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Bagaimanap­un, ketegasan beliau sebagai seorang pemimpin Malaysia berkaliber terserlah apabila mampu menyangkal semua tuduhan dilemparka­n Indonesia terhadap Malaysia.

Dalam kalangan rakyat dan pemimpin negara, beliau dipandang sebagai seorang negarawan berdedikas­i terhadap amanah diberikan. Beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 1973.

2. Tun Tan Cheng Lock

Beliau pemimpin politik Cina di Tanah Melayu dan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada 1949 hingga 1958.

Pada 23 Ogos 1953, beliau mewakili MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditaja UMNO dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefaham­an untuk mencapai kemerdekaa­n melalui secara aman.

Beliau memainkan peranan penting memperjuan­gkan kedudukan orang Cina di Persekutua­n Tanah Melayu dengan memastikan mereka mendapat perhatian daripada kerajaan British.

Selain itu, beliau juga mempunyai pandangan tinggi dalam dunia pendidikan dan antara idea pendidikan­nya ialah menubuhkan sekolah berasaskan pertanian serta beraliran perdaganga­n.

Pengalaman luas dalam sektor pertanian khususnya getah, membolehka­n beliau menjadi penyumbang kepada

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia