Harian Metro

Asah kepemimpin­an, hargai warisan

-

Battle of silat menjadi tumpuan kerana julung kali dipertandi­ngkan

DARI MUKA N35

Menurut Nofal Sandra, pertanding­an itu terbukti berjaya apabila pelajar senior diberi tanggungja­wab menganjurk­an pertanding­an dan secara tidak langsung melahirkan sifat kepemimpin­an mereka selain menanam semangat jati diri, menghargai warisan dan budaya serta menyemarak­kan semangat patriotik dalam diri peserta.

“Seni silat adalah warisan negara dan perlu sentiasa dijaga dan dipelihara supaya tidak hilang begitu saja. Ibu bapa memainkan peranan memberi pendedahan kepada anak untuk mempelajar­i seni silat,” katanya.

Bagi acara putra, peserta silat dikehendak­i menunjukka­n kepandaian dalan tari silat, solo pendekar dan tempur pendekar.

Manakala bagi acara putri pula, pertanding­an merangkumi solo tari, solo srikandi dan tempur srikandi.

Katanya, pertanding­an silat seni menampilka­n kategori unik seperti silat Melayu, tempur berkumpula­n, pendekar cilik dan battle of silat.

Beliau berkata, silat Melayu dapat menampilka­n ciri tradisi seni silat yang diperagaka­n dua pesilat manakala tempur berkumpula­n pula menampilka­n tiga hingga lima peserta beraksi menggunaka­n keadah silat tempur yang biasanya dimainkan dua peserta.

Selain itu, battle of silat menjadi tumpuan kerana julung kalinya dipertandi­ngkan. Konsep yang menarik menjadikan penonton teruja dan mendapat sambutan hebat.

Peserta dinilai melalui kemantapan gerak, nilai estetik, kreativiti, penampilan dan adab dalam setiap kategori. Pertanding­an seni silat ini berjaya ditampilka­n dengan baik oleh semua peserta.

Katanya, mereka yang berusia antara lima hingga 12 tahun pula menunjukka­n silat solo mereka dengan pelbagai lagu dan gerakan masing-masing.

Menurut Nofal Sandara, setiap peserta dinilai melalui kemantapan gerak, nilai estetik, kreativiti, penampilan dan adab dalam setiap kategori.

Peserta dibenarkan berpakaian bebas dan menampilka­n gerakan silat diiringi lagu menarik bertemakan patriotik.

Katanya, pengasas dan pengetua Pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Antarabang­sa (ISSGFO) Dr Aziwahija Yeop turut hadir dalam pertanding­an itu.

Juri lain yang turut serta adalah jurulatih silat iaitu Inspektor Mohd Radzlan Yusri Yunus, Ruzi Abu

Bakar dan Abdul Qayyum Mahamud.

Pertanding­an seni silat ini menjadi lebih menarik apabila peserta mengenakan pakaian tradisiona­l diiringi lagu patriotik.

Pesilat terbaik putra dimenangi Muhammad

Isma Harith Shamsuddin manakala pesilat terbaik putri dimenangi Nurul Ainnabihah Mohd Asri. -Masni Ros Pakir Mohamad

 ??  ?? Ibu bapa memainkan peranan memberi pendedahan kepada anak untuk mempelajar­i seni silat
Ibu bapa memainkan peranan memberi pendedahan kepada anak untuk mempelajar­i seni silat
 ??  ?? 1. KUMPULAN yang mengambil bahagian dalam Pertanding­an Seni Silat.
2. KUMPULAN putri yang mengambil bahagian.
3. AKSI kumpulan putra sebelum membuat persembaha­n dalam pertanding­an.
4. KATEGORI pendekar cilik.
5. MOHD Radzlan menyampaik­an hadiah...
1. KUMPULAN yang mengambil bahagian dalam Pertanding­an Seni Silat. 2. KUMPULAN putri yang mengambil bahagian. 3. AKSI kumpulan putra sebelum membuat persembaha­n dalam pertanding­an. 4. KATEGORI pendekar cilik. 5. MOHD Radzlan menyampaik­an hadiah...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia