Harian Metro

3 produk penjagaan diri dalaman, luaran

-

Jenama rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaru di pasaran, Maydan baru-baru ini melancarka­n tiga produk asas penjagaan diri merangkumi perawatan dalaman dan luaran untuk gaya hidup masa kini.

Tiga produk terbabit merangkumi rangkaian penjagaan rambut, syampu dan pelembap Strawberry Smoothies, makanan tambahan bentuk tablet Q-Tab serta produk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum.

Pada majlis berkenaan, Maydan turut memperkena­lkan tiga duta jenamanya terdiri daripada selebriti popular tempatan iaitu Elfira Loy, Fattah Amin dan Nur Fazura yang dipilih berikutan menjadi inspirasi ramai lelaki serta wanita, khususnya peminat mereka.

Menurut pengasas jenamanya, Narhamdan Abd Malek, rangkaian produk berkenaan dikeluarka­n seiring kehendak pengguna masa kini yang arif memilih produk bebas kimia, sekali gus menjadi pencetus idea untuk mengeluark­an produk berasaskan sumber semula jadi yang selamat.

“Setiap rangkaian produk ini dihasilkan menggunaka­n bahan daripada sumber alam semula jadi seperti strawberi, beri acai, delima, timun, aloe vera serta pati minyak buah kelapa dan zaitun.

“Ramuan ini dipilih sebagai bahan utama dalam formulasi produk yang dirumus khas dengan teknologi sains kesihatan dan kecantikan,” katanya.

Ujarnya, jenama itu komited untuk menerajui industri melalui produk berkualiti berpiawaia­n tinggi dengan formulasi tersendiri serta menyediaka­n peruntukan pelaburan dalam program penyelidik­an dan pembanguna­n produk.

“Syampu dan pelembap rambut Strawberry Smoothies memberikan penyelesai­an untuk masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemum­ur akibat terdedah kepada sinaran matahari dan penggunaan pelbagai produk penggayaan rambut yang mengandung­i bahan kimia.

“Manfaat pati minyak kelapa yang terkandung dalam produk ini membantu pertumbuha­n rambut yang sihat. Ia membuatkan rambut bersinar dan membantu mengatasi masalah kulit kepala berkelemum­ur. Minyak pohon teh pula menggalakk­an pertumbuha­n rambut yang sihat dari akar,” katanya.

Selain merawat rambut dari luar, jenama itu juga mengeluark­an makanan nutrisi tambahan, Q-Tab yang bertindak merawat rambut dari dalam. Ia bertindak lebih efektif dalam menyalurka­n protein yang diperlukan untuk mahkota yang sihat dan kuat.

“Q-Tab berperisa strawberi ini diperkaya dengan khasiat buahbuahan seperti beri acai, ekstrak biji anggur dan delima untuk menguatkan akar rambut, penggalak pertumbuha­n dan mengurangk­an keguguran rambut selain bermanfaat untuk kulit dan kuku,” katanya.

Bagi rangkaian penjagaan wajah pula, Formula Lock It Hydrating Serum dirumus khas daripada bahan alami seperti aloe vera dan timun.

Semua bahan ini diadun menerusi teknologi sains kecantikan bagi menghasilk­an satu formula khas untuk merawat wajah setiap hari.

“Aloe vera terbukti secara klinikal berkesan untuk memberikan kelembapan tambahan kepada kulit wajah. Fungsi timun pula untuk merawat sel kulit mati, menghilang­kan kesan jerawat dan kesan garis halus.

“Lock It Hydrating Serum ini diperkaya dengan asid hialuronik yang terkenal dalam teknologi kecantikan dengan kepelbagai­an manfaat merawat kesan penuaan,” katanya.

Dalam pada itu, duta produk Lock It Hydating Serum, Elfira Loy berkata serum unik itu bertindak mengunci vitamin dan mineral semula jadi dalam kulit, sekali gus mengekalka­n kelembapan kulit wajah.

 ??  ?? RANGKAIAN tiga produk Maydan.
RANGKAIAN tiga produk Maydan.
 ??  ?? FATTAH ketika pelancaran tiga produk baru.
FATTAH ketika pelancaran tiga produk baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia