Harian Metro

INSPIRASI SELEBRITI TERKENAL

- DARI MUKA H57

Sekalipun lebih terarah kepada gaya berani, ia masih sesuai

digayakan ke mana saja

Menurut jurumekap artis, Nor Syazwanie Sulaiman, solekan urban kini mendapat perhatian ramai kerana bukan saja sesuai untuk pentas peragaan, tetapi boleh menonjolka­n penampilan di majlis glamor seperti penganuger­ahan berprestij, karpet merah dan makan malam bertema.

“Secara asasnya, solekan urban bukanlah gaya mekap untuk cantik. Ia lebih kepada pilihan gaya baru dengan mengambil inspirasi daripada penampilan selebriti terkenal luar negara.

“Di Hollywood umpamanya, mereka memilih solekan yang menonjol untuk digayakan bersama busana ringkas dan begitulah sebaliknya.

“Hari ini ramai selebriti tempatan dan mereka yang suka bergaya juga sudah mula mencontohi disiplin yang sama. Malah, mereka juga semakin bijak menggabung­kan ciri solekan supaya penampilan nampak lebih menonjol dan harmoni,” katanya.

Jelas Nor Syazwanie, sekali pun mekap urban lebih terarah kepada gaya berani, namun ia masih sesuai untuk digayakan ke mana saja, sama ada siang atau malam, bergantung kepada sapuan alat solek yang boleh diubah pada pemakaian pembayang mata.

“Kebiasaann­ya, gaya solekan ini akan menonjolka­n susuk wajah sempurna dengan fokus sama ada di bahagian mata atau bibir.

“Teknik solekan juga sedikit berbeza dengan perincian lebih tajam di bahagian tulang pipi, dahi dan hidung untuk menyerlahk­an bentuk wajah sempurna.

“Solekan pula tidaklah terlalu tebal, sebaliknya diadun secara berperingk­at

 ??  ??
 ??  ?? 1 SEBELUM dirias 2. MULAKAN solekan dengan sapuan bedak asas menggunaka­n span lembap. 3. LAKUKAN proses mengkontur wajah di bahagian tulang pipi dan hidung, kemudian adun semula menggunaka­n span bedak asas untuk hasil semula jadi.
4. BENTUKKAN kelopak...
1 SEBELUM dirias 2. MULAKAN solekan dengan sapuan bedak asas menggunaka­n span lembap. 3. LAKUKAN proses mengkontur wajah di bahagian tulang pipi dan hidung, kemudian adun semula menggunaka­n span bedak asas untuk hasil semula jadi. 4. BENTUKKAN kelopak...
 ?? FOTO SOLEKAN: ??
FOTO SOLEKAN:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia