Harian Metro

HAZIQ KENANG JASA DATUK

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Dedikasi single buat arwah, ingin

promosi Bandar Tentera Darat

Bermula daripada Pertanding­an Bintang Kecil dan mara ke final dua tahun lalu, Haziq Rozi, 13, kini sudah pun memiliki dua single berjudul Buat Kali Terakhir dan Warkah Untuk Ibu sebagai buah tangan pengenalan.

Haziq Rozi atau nama sebenarnya, Muhamad Amirul Haziq Rozi berkata, dia menyertai Pertanding­an Bintang Kecil pada 2014 dan kemudian membuat penampilan kedua tahun berikutnya dan layak ke final sebagai menguji bakat yang dimilikiny­a.

“Saya bukanlah lahir dari keluarga seni tetapi enam daripada lapan beradik saya terbabit dalam bidang seni yang kebanyakan­nya dalam bidang tarian. Malah, saya sendiri pun bermula dengan tarian sejak sekolah rendah.

“Minat menyanyi bermula selepas belajar dari arwah datuk, Dzulkaflee Talib. Pada 2014 saya memberanik­an diri menyertai pertanding­an Bintang Kecil tetapi tewas di peringkat awal. Tahun berikutnya, sekali lagi saya menyertai pertanding­an yang sama dan berjaya ke final,” kata anak ketiga dari lapan beradik ini.

Haziq Rozi juga bertuah kerana turut mendapat galakan daripada ibu bapanya. Selain itu, kerjaya Haziq Rozi juga diurus abang saudaranya, Pyan.

Haziq Rozi berkata, single pertamanya dicipta Ezai Aziz, manakala Buat Yang Terakhir adalah lagu khusus untuk arwah datuknya yang banyak memberi tunjuk ajar dan galakan.

Menurut pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Saujana,

Port Dickson ini, jika boleh setiap pengambara­n klip video, dia lebih selesa membuat pengambara­n di Port Dickson sebagai mempromosi Bandar

Tentera Darat ini sebagai satu tempat pelanconga­n yang menarik.

Sementara itu, Pengurus Haziq Rozi, Pyan berkata, single pertama ini baru dilancarka­n Ramadan lalu menerusi YouTube dan Facebook.

 ??  ?? Minat menyanyi bermula selepas belajar dari arwah datuk, Dzulkaflee
Talib. Pada 2014 saya memberanik­an diri menyertai pertanding­an Bintang Kecil tetapi tewas di peringkat awal
Minat menyanyi bermula selepas belajar dari arwah datuk, Dzulkaflee Talib. Pada 2014 saya memberanik­an diri menyertai pertanding­an Bintang Kecil tetapi tewas di peringkat awal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia