Harian Metro

Pelakon lelaki hampir kena tumbuk

-

Menyirap pula darah SS apabila dengar cerita artis berangan, lupa diri, berlagak dan seangkatan dengannya selepas popular.

Terbaru, SS difahamkan seorang pelakon lelaki yang lahir daripada program realiti tergolong dalam kelompok terbabit.

Orangnya masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah tetapi sayangnya dia seakan-akan merosakkan apa yang sedang diraihnya hari ini.

Terkejut SS melihat senarai panjang sikap buruknya yang dikongsi sebuah produksi drama.

Antara perkara itu adalah tidak menghormat­i pekerja produksi dan artis senior, mempertika­ikan jadual serta masa penggambar­an, mengada-ngada nak balik awal dan tak boleh bergurau kasar sedangkan dia boleh pula buat begitu terhadap orang lain.

Menurut sumber, jadual penggambar­an pelakon itu sangat padat dan produksi terpaksa menyusun semula agar tak bertindih. Bagaimanap­un apabila mereka berikan jadual, dia tak setuju kerana sudah ada benda lain pula.

Bab selalu datang lambat ke lokasi jangan cakaplah tapi langsung tak pandai minta maaf. Cakap pun asyik meninggi dan kemuncakny­a dia hampir ditumbuk oleh seorang pekerja produksi yang hilang sabar.

Apabila jadi begitu pandai pula dia takut sedangkan sebelum itu acah-acah gangster. SS tak tahulah apa nak jadi dengan dia.

SS: Amalkan budaya hormat-menghormat­i antara satu sama lain agar pekerjaan berjalan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia