Harian Metro

Lupakan kenangan silam

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Mungkin kerana tidak mahu ada sebarang memori dengan bekas kekasihnya, penyanyi The Weeknd tidak mahu mengikuti perkembang­an keluarga dan rakan terdekat Selena Gomez di Instagram.

Tindakanny­a itu dikesan oleh peminat dan pengikutny­a di laman sosial terbabit.

“Abel berhenti mengikuti Instagram Mandy (ibu Selena), Theresa, Courtney dan Raquelle. Dia juga memadam ‘like’ pada gambar yang dimuat naik Selena sebelum ini,” kata sumber terdekat penyanyi itu.

Kata sumber berkenaan, penyanyi lagu Starboy itu juga sebelum ini melakukan perkara sama selepas berpisah dengan bekas kekasih, Bella Hadid sebelum bercinta dengan Selena.

“Jadi, dia melakukan perkara sama seperti yang pernah dilakukann­ya terhadap Bella,” kata sumber itu.

Walaupun kedua-dua mereka masih mengikuti akaun Instagram masing-masing,

The Weeknd tidak lagi mahu mengikuti akaun yang dibuka peminat dan didedikasi­kan buat mereka.

Tidak cukup dengan itu,

The Weeknd juga memadam gambar Selena yang pernah dimuat naik di akaun Instagramn­ya.

Pasangan itu menamatkan hubungan cinta pada 30 Oktober lalu selepas 10 bulan bercinta.

Khabarnya, Selena kini kembali rapat dan memadu kasih dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Selena dan Justin dikatakan banyak menghabisk­an masa bersama selepas Selena menjalani pembedahan buah pinggangny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia