Harian Metro

Kekang projek perumahan auta

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), merancang mewujudkan undang-undang khas bagi menguatkua­sakan kebenaran iklan jualan perumahan bagi mengelak penipuan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab terhadap pembeli.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, melalui undang-undang itu, syarikat pemaju perlu mendapatka­n kebenaran Jabatan Perumahan Negara sebelum sebarang iklan berkaitan disiarkan di media cetak dan elektronik.

“Kami sedar terdapat penipuan yang berlaku melalui iklan di televisyen dan akhbar, jadi rakyat boleh terpedaya seolah-olah projek perumahan itu benar dan mendapat lesen,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang bertanyaka­n langkah kerajaan dalam mengharamk­an ejen projek perumahan palsu bagi mengaut keuntungan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Terdahulu menjawab soalan asal Che Mohamad Zulkifly mengenai jumlah aduan kes penipuan pembelian hartanah yang dilaporkan setakat ini dan sejauh manakah kes itu mendapat respons kerajaan, Noh berkata, setakat 1 Januari 2013 hingga 30 September lalu, Jabatan Perumahan Negara menerusi Sistem Aduan Bersepadu

(surat dan e-mel) menerima 107 aduan berkaitan penipuan pemaju perumahan dengan semua aduan berjaya diselesaik­an.

Katanya, menerusi aduan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) sejak 1 Januari 2014 hingga 30 September lalu pula, 7,413 aduan didaftarka­n dengan 7,108

 KPKT rancang wujud undang-undang khas iklan jualan rumah

aduan diselesaik­an dan 305 aduan dalam tindakan.

 ??  ?? NOH
NOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia