Harian Metro

RM5b jumlah kerugian angkara skim penipuan

-

Kuala Lumpur: Obses untuk mendapat pulangan lumayan dan ingin cepat kaya menyebabka­n rakyat Malaysia terpedaya dengan pelbagai skim penipuan membabitka­n kerugian wang ringgit dan harta benda.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kelemahan mangsa turut dieksploit­asi penjenayah skim penipuan itu untuk memerangka­p.

“Ada yang bercinta dalam talian tanpa bertemu, terpedaya dengan kisah sedih yang direka sehingga sanggup menyerahka­n duit, menggadaik­an harta benda untuk menolong kekasih hati yang tidak pernah bersua muka.

“Pada peringkat awal, skim penipuan ini licik dan membayar faedah keuntungan seperti yang dijanjikan. Sebab itu laporan tidak dibuat dari awal kerana selepas beberapa lama barulah skim ini menjalanka­n penipuanny­a,” katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) yang bertanyaka­n jumlah kerugian direkodkan berkaitan kes penipuan laman web pelaburan Internet sejak 2014 hingga 2017 dan langkah membendung­nya di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, antara jenayah penipuan terkenal ialah menggunaka­n modus operandi berselindu­ng di sebalik menjalanka­n perniagaan e-dagang dan pengubahan wang haram seperti Macau Scam dan African Scam.

Katanya, sebanyak RM5 bilion kerugian akibat terpedaya dengan jenayah penipuan secara langsung mahupun dalam talian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Setakat lima tahun ini jumlah laporan polis yang dibuat mangsa penipuan ialah 2,992 aduan membabitka­n 28 jenis kategori penipuan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia