Harian Metro

1,256 pas sementara atasi kekurangan pemandu pelancong

-

Seramai 14,270 pemandu pelancong dilesenkan di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (KPK) membabitka­n 21 kategori bahasa.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, seramai 7,222 pemandu pelancong berlesen dalam kategori bahasa Cina iaitu 6,329 dalam bahasa Mandarin dan 893 bahasa Kantonis.

“Kementeria­n juga mengeluark­an sebanyak 1,256 Pas Sementara Pemandu Pelancong sejak 2010 untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu pelancong dalam kategori bahasa Cina.

“Pas sementara pemandu pelancong dalam bahasa Cina ini dikeluarka­n berikutan kekurangan pemandu pelancong ketika musim perayaan Tahun Baru Cina dan musim percutian di China yang bermula April hingga Ogos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tong Him

(BEBAS-Kota Melaka) mengenai tindakan diambil kementeria­n untuk mengatasi kekurangan pemandu pelancong yang fasih berbahasa Cina dan jumlah kekurangan bas pelancong serta usaha mengatasin­ya di Dewan Rakyat, di sini,

semalam.

 ??  ?? MOHAMED Nazri
MOHAMED Nazri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia