Harian Metro

Tak mengaku cedera lelaki

-

Dua ahli Geng Harry Gunong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap pertuduhan mencedera dan menakutkan dua lelaki, Jun lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohd Zikrillah Abdullah, 30, dan Mohd Iqbal Abdullah, 21, masing-masing di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli dan Majistret Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Mohd Zikrillah berdepan dua pertuduhan iaitu didakwa mencederak­an Mohamad Rosli Ab Rahman, 26, dengan pedang di tepi jalan berhampira­n Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada jam 3 pagi, 27 Jun 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia