Harian Metro

Mualaf terlepas tali gantung

-

Seorang mualaf terlepas hukuman gantung sampai mati apabila dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki methamphet­amine dan heroin keseluruha­n seberat 124.25 gram, Januari tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li memutuskan demikian selepas meneliti hujahan dikemukaka­n pihak pendakwaan dan pembelaan serta mendapati pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kes tertuduh, Muhammad Firdaus Lai Abdullah, 41.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Firdaus dituduh mengedar methamphet­amine seberat 74.09 gram di tepi jalan berhadapan Taman Seri Kelubi, Jitra, pada 26 Januari 2016, jam 2.30 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39 B (1) (a), Akta Dadah Berbahaya 77 (ADB)1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman gantung mandatori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia