Harian Metro

Polis buru lelaki Madura

-

Polis memburu seorang suspek lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Johari yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki Bangladesh di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Bangi, Selasa lalu.

Katanya, suspek yang dianggarka­n berusia antara 38 hingga 45 tahun berasal dari Madura, Indonesia, dipercayai sudah melarikan diri.

“Siasatan polis mendapati, mangsa dikenali sebagai Raja Miah, 26, tinggal bersama suspek dan isterinya sejak tiga hingga empat tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Dato Abu Bakar Baginda.

“Mangsa adalah pekerja kontrak di Puchong kira-kira 10 tahun lalu dan kini membuka kedai makan dan gunting rambut di kawasan berhampira­n kampung berkenaan.

“Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan isteri suspek dikenali sebagai Ita dan wanita berkenaan sudah pun pulang ke Indonesia sebelum kejadian bunuh itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang awam jam 9.10 malam di tempat penyembeli­han ayam di kampung berkenaan.

Menurutnya, pihaknya sudah memaklumka­n polis di sempadan supaya berjaga-jaga sekiranya suspek cuba melarikan diri dari negara ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek boleh memaklumka­n kepada ASP Wan Azizul Nizam di talian 017-6556575 atau di balai berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK kes bunuh lelaki warga Bangladesh diburu polis.
SUSPEK kes bunuh lelaki warga Bangladesh diburu polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia