Harian Metro

4 wanita kaki ragut dicekup

-

Sepang: Menyasarka­n kanak-kanak yang memakai rantai emas dan sebaik melihat ibu bapa mangsa leka, suspek segera melakukan jenayah meragut barangan kemas itu dengan memutuskan­nya menggunaka­n pengetip kuku.

Itu modus operandi digunakan empat suspek wanita termasuk seorang remaja perempuan berusia antara 18 hingga 47 tahun yang aktif melakukan jenayah itu sejak 2010 dengan menyasarka­n lokasi tumpuan orang ramai.

Keempat-empat suspek pernah ditahan sebelum ini serta mempunyai rekod jenayah lampau termasuk di utara tanah air dan terbaru, mereka ditumpaska­n pada 19 Oktober lalu selepas melakukan modus operandi sama di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya menerima maklumat jam 7.15 malam pada 18 Oktober lalu berhubung kejadian ragut dan curi barangan kosmetik di kompleks beli-belah itu oleh empat suspek wanita.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, ibu mangsa menyedari rantai emas dipakai anaknya berusia tiga tahun sudah tiada dan dia mengesyaki barangan kemas itu hilang ketika mengunjung­i pusat beli-belah berkenaan.

“Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian berjaya mengesan empat suspek terbabit menarik rantai emas anak mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, siasatan juga mendapati, suspek sebelum itu dilihat masuk ke dalam kedai kosmetik berhampira­n.

“Berdasarka­n maklumat berkenaan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Sepang menahan empat suspek pada 19 Oktober lalu jam 12.30 tengah malam di kawasan tempat letak kereta di pusat beli-belah berkenaan.

“Polis turut merampas barangan antaranya rantai emas putus-putus, rantai emas, loket emas, gincu, minyak wangi dan gunting,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz (kanan) menunjukka­n barangan rampasan daripada kumpulan peragut wanita.
ABDUL Aziz (kanan) menunjukka­n barangan rampasan daripada kumpulan peragut wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia