Harian Metro

‘Sukar takfsir dengan kata-kata’

-

“Sukar mahu ditafsirka­n dengan kata-kata apa perasaan saya ketika ini, semuanya bercampur baur kerana sudah hampir setahun tidak melihat arwah suami,” kata Roslida Ablah, 42, isteri kepada pendaki negara Ramli Abd Majid, 46.

Roslida yang berlepas ke Tehran, Iran semalam ditemani rakan arwah, Mohd Khafiz Bachok, 39, abang arwah, Abdul Razak Majid, 59, dan seorang wakil Jabatan Sumber Manusia Proton menaiki pesawat Air Asia jam 7 malam.

Menurutnya, pemergiann­ya ke sana untuk proses tuntutan jenazah suaminya yang hilang hampir setahun di Gunung Damavand, Iran.

“Saya akui agak sukar untuk tidur selagi semua hal ini tidak selesai dan tidak tengok jenazah suami.

“Apa yang saya harapkan sekarang semua urusan dipermudah­kan Allah SWT dan jenazah segera dapat dibawa pulang,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, buat masa ini dia masih tenang dan mengharapk­an semuanya dapat diselesaik­an secepat mungkin.

“Mohon semua doakan urusan kami dipermudah­kan Allah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia