Harian Metro

Duit mesin lebur

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Wanita ditipu RM30,000 selepas beli ‘vending machine’

“Duit RM30,000 sudah diberikan namun (mesin layan diri) dijanjikan entah ke mana,” ujar seorang mangsa penipuan penjualan mesin layan diri yang hanya mahu dikenali sebagai Sara, 49.

Lebih malang apabila mangsa yang melakukan pemeriksaa­n di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota mendapati mesin layan diri dijanjikan itu tidak wujud sama sekali.

Mangsa yang juga pengurus sebuah syarikat swasta mendakwa mengenali lelaki yang menipunya selepas menyertai program keusahawan­an di hotel di Shah Alam, Selangor, Ogos lalu.

Dia mendakwa ditawarkan pelaburan membeli mesin layan diri itu dengan dijanjikan pulangan lumayan.

Katanya, dia kemudian bersetuju dan menyerahka­n wang RM5,000 sebagai deposit sebelum membayar baki selebihnya dua minggu kemudian ke dalam akaun milik lelaki itu.

“Saya kemudian menerima panggilan telefon daripada lelaki terbabit memaklumka­n pemasangan

itu akan dilakukan pada 27 Oktober lalu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.

“Namun ketika saya melakukan pemeriksaa­n di pusat beli-belah berkenaan, lelaki itu memberi pelbagai alasan,” katanya.

Sara berkata, dia kemudian dipertemuk­an dengan seorang wanita yang didakwa bekerja di bahagian tempat letak kereta di pusat beli-belah berkenaan.

“Wanita itu bagaimanap­un mengakui tidak tahu menahu mengenai rundingan menempatka­n

itu.

“Sebaik saya meminta penjelasan berhubung perkara itu, dia memberikan pelbagai alasan termasuk menunda tarikh pemasangan mesin berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia yang mengesyaki ditipu kemudian meminta supaya lelaki itu memulangka­n semula wangnya berjumlah RM30,000.

“Bagaimanap­un saya diberikan cek tendang oleh lelaki itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini.

Pada 19 Oktober lalu, pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor merampas 14 mesin layan diri dan 21 mesin kios Internet Wifi daripada sebuah syarikat yang menjalanka­n aktiviti jualan langsung di Gombak, Selangor.

Rampasan bernilai RM439,500 dilakukan sebaik syarikat itu didapati tidak memiliki lesen bagi menjalanka­n perniagaan.

Katanya, pihak KPDNKK sebelum ini menerima aduan beberapa pelabur yang mendakwa kerugian lebih RM400,000 akibat tertipu dengan kegiatan dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia