Harian Metro

Beri PBT kuasa banteras denggi

-

Kerajaan Selangor sedang berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membantu menyelesai­kan masalah denggi di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia merangkumi kebenaran kepada PBT untuk memasuki kawasan kediaman dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang gagal menguruska­n takungan air dengan betul.

“Kebanyakka­n kes denggi berpunca di dalam kawasan rumah. Bagaimanap­un, kita tidak boleh memasuki kediaman kerana tidak mempunyai kuasa.

“Ia hanya diberikan kepada pegawai yang dilantik oleh Kementeria­n Kesihatan. Oleh itu, kita meminta kementeria­n itu memberi kuasa berkenaan kepada lebih ramai pegawai termasuk PBT,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara IJN Holdings Sdn Bhd dan SELGATE di sini, semalam.

Sehingga kelmarin, statistik i-Denggi menunjukka­n Selangor masih merekodkan jumlah kes denggi tertinggi di seluruh negara dengan 40,722 kes dilaporkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia