Harian Metro

Berpencen dalam majlis ‘English Garden’

-

Shah Alam: Hari terakhir sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong di sini, meninggalk­an memori indah kepada Che Sapora Ibrahim, 52, apabila diraikan dalam satu majlis khas bertemakan ‘English Garden’, semalam.

Selain sepanjang laluan masuk ke tapak perhimpuna­n sekolah dipenuhi hiasan ros, kewujudan bingkai gambar dan pelamin di pentas berkonsepk­an laman Inggeris menambah keceriaan majlis persaraan berkenaan.

Lebih manis ia diadakan turut bersempena sambutan ulang tahun kelahirann­ya Che Sapora yang diarak dengan kereta limosin antik diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi sambil disaksikan kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru.

Ketua pengelola majlis yang juga guru kanan sekolah itu, Radziah Abdullah berkata, program dirancang sejak tiga bulan lalu berkenaan mendapat kerjasama pengetua dari daerah Petaling dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Majlis ini turut mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Syarikat Duta Berkat, Nisa Bistro dan Saga Emas.

“Alhamdulil­ah, ia berjalan dengan lancar dan kami mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan­nya,” katanya.

 ??  ?? CHE Sapora (tengah) di Majlis Persaraann­ya di SMK Bukit Jelutong, Shah Alam.
CHE Sapora (tengah) di Majlis Persaraann­ya di SMK Bukit Jelutong, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia