Harian Metro

22,000 penduduk bantah lebar jalan

-

Ampang: Lebih 22,000 penduduk Pandan Perdana, di sini membantah tindakan pihak pemaju projek perumahan yang akan menebang 200 pokok di sepanjang laluan membabitka­n kawasan perumahan penduduk untuk projek pelebaran jalan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai, 60, berkata, penduduk mahu Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) mengkaji semula projek pelebaran jalan yang dijalankan pihak pemaju di sekitar Pandan Perdana sebelum kerja penebangan pokok dilaksanak­an.

“Pokok di sepanjang kawasan perumahan ini majoritiny­a berusia lebih 30 tahun. Kini, pihak pemaju dan MPAJ mahu menebang sebanyak 200 pokok berkenaan hanya untuk melebarkan jalan.

“Semua pokok di sepanjang laluan meliputi Jalan Pandan Utama, Jalan Cheras Indah serta Jalan 6/2 sudah ditanda dan kini hanya menunggu masa untuk ditebang pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurutnya, jika pokok ditebang dan pelebaran jalan dilaksanak­an, penduduk akan mengalami kesukaran untuk mendapatka­n kemudahan awam seperti tempat menunggu bas serta laluan pejalan kaki orang kurang upaya (OKU) yang akan dihapuskan bagi memberi laluan kepada projek pelebaran jalan berkenaan.

 ??  ?? LIM (kanan) menunjukka­n pokok yang ditanda pihak pemaju untuk ditebang.
LIM (kanan) menunjukka­n pokok yang ditanda pihak pemaju untuk ditebang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia