Harian Metro

Pasangan didenda RM20,000

-

Sepasang suami isteri, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas kesalahan mengambil dua wanita Indonesia sebagai kedi di kelab golf tanpa permit sah, bulan lalu.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Leow Keng Liok, 50, dan Nur Chusnul Chotimah, 31, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Leow dan Nur Chusnul, didakwa bersama-sama mengambil Fitrianing­sih, 24, dan Sustiah, 21, tanpa permit sah di sebuah premis di Blok O Jalan PJU 1A/3, Taipan 2, Ara Damansara, di sini, pada jam 10 pagi, 7 September lalu.

Bagi perbuatan itu kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/1963 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Leow adalah pengarah sebuah syarikat yang membekalka­n perkhidmat­an kedi di kelab golf manakala Nur Chusnul pula adalah pengurus syarikat itu.

Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia