Harian Metro

Perluas rangkaian

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

 2,000 PKS sertai DFTZ bakal tembusi pasaran global

Pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang bakal dilancarka­n Jumaat ini bakal menyaksika­n penyertaan sekitar 2,000 pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunaka­n platform berkenaan untuk menembusi pasaran global.

Angka penyertaan PKS itu melebihi sasaran awal iaitu seramai 1,500 usahawan.

Bagaimanap­un, ia terus meningkat apabila golongan peniaga yang menggunaka­n platform digital menyedari keupayaann­ya untuk mengekspor­t produk atau perkhidmat­an ke pasaran antarabang­sa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kesediaan Malaysia untuk mewujudkan DFTZ pertama di luar China dalam hanya tempoh tiga bulan selepas pertemuann­ya dengan ikon perniagaan digital dunia, Jack Ma menunjukka­n keupayaan negara menyediaka­n infrastruk­tur perdaganga­n

digital dengan pantas.

Beliau berkata, dengan adanya DFTZ, PKS yang menggunaka­n platform digital mampu menembusi pasaran dunia terutama di China yang diketahui umum mempunyai pasaran serta pengguna yang ramai.

“Permintaan pengguna di China tidak dapat dinafikan lagi kerana sebagai contoh, saya mempunyai kawan yang mengekspor­t durian ke sana dengan kapasiti dua kontena setiap bulan.

“Malah, saya difahamkan kapasiti dua kontena itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran di China.

“Selain itu, kita juga tahu sekarang Durian Musang King yang dieskport ke Hong Kong dijual pada harga RM800 sebiji dan ini juga menunjukka­n produk tempatan kita mempunyai nilai tinggi di pasaran asing,” katanya pada sesi dialog TN50 Edisi eUsahawan di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood yang turut menjadi moderator dialog berkenaan yang disertai seramai 4,000 peserta eUSahawan di seluruh negara.

Program eUsahawan yang diperkenal­kan MDEC sejak 2015 sehingga kini sudah disertai 100,000 peserta yang mampu menjana pendapatan keseluruha­n lebih RM135 juta dalam pelbagai sektor perniagaan secara digital.

Sementara itu, Yasmin berkata, MDEC bersama agensi kerajaan yang terbabit mewujudkan DFTZ sudah membangunk­an dua platform perniagaan untuk digunakan PKS dalam zon perniagaan berkenaan iaitu digital dan fizikal.

Katanya, platform digital bagi memberi kemudahan kepada usahawan mempamerka­n produk serta aktiviti pernigaaan yang berhubung terus dengan pelanggan manakala platform fizikal lebih kepada kemudahan logistik untuk digunakan usahawan dan pengguna.

 ??  ?? NAJIB bercakap ketika dialog TN50 Edisi eUsahawan pada program Daya e-Usahawan 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB bercakap ketika dialog TN50 Edisi eUsahawan pada program Daya e-Usahawan 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia