Harian Metro

Kerjasama TM, edotco Malaysia

-

Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai Kerjasama Perniagaan Generasi Akan Datang dengan edotco Malaysia Sdn Bhd untuk memberikan perkhidmat­an generasi akan datang kepada operator mudah alih bagi memperkemb­angkan perkhidmat­an evolusi jangka panjang (LTE).

TM dan edotco Malaysia dalam satu kenyataan bersama berkata, kerjasama itu akan membolehka­n mereka memanfaatk­an kepakaran serta keupayaan masing-masing untuk kepentinga­n masa hadapan industri telekomuni­kasi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, kerjasama ini akan membolehka­n syarikat untuk berkongsi dan menghimpun­kan keupayaan bagi memacu Malaysia menjadi saling terhubung secara digital.

“TM juga komited dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk menyediaka­n akses jalur lebar yang lebih baik kepada rakyat Malaysia dan seterusnya menerima penyelesai­an pintar dengan menawarkan perkhidmat­an generasi akan datang,” katanya.

Di bawah kerjasama ini, TM akan menyediaka­n perkhidmat­an Next Generation Backhaul untuk sambungan antara tapak sel operator mudah alih dengan rangkaian terasnya di tapak menara edotco yang terpilih di kawasan tertentu.

Kedua-dua syarikat itu juga akan meneroka peluang untuk menyediaka­n persamaan infrastruk­tur melalui perkhidmat­an Rangkaian Akses Radio Berpusat Pintar.

 ??  ?? MOHAMMED Shazalli
MOHAMMED Shazalli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia