Harian Metro

MAB ganti pusat data sedia ada

-

Malaysia Airlines Berhad (MAB), syarikat penerbanga­n negara menjadi syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh pertama di dunia yang menggantik­an pusat data sedia ada dan mengadapta­si penyelesai­an awan berskala penuh.

Pelaksanaa­n projek transforma­si berskala besar untuk memindahka­n pusat data MAB kepada

100 peratus model awan hibrid berkenaan dilakukan Tata

Consultanc­y Services

(TCS).

MAB turut menggunaka­n penyelesai­an terbabit ke atas kira-kira 200 rangkaian aplikasi dalam mengendali­kan sistem komersial, operasi serta korporat misi kritikal.

Ketua Pegawai Maklumat MAB, Tan Kok Meng berkata, pihaknya berhasrat untuk mengubah operasi teras IT kepada model berdasarka­n perkhidmat­an bagi mencapai perubahan besar dari aspek penjimatan kos, keberkesan­an dan ketangkasa­n operasi serta beberapa faktor lain.

“Saya bangga untuk menyatakan bahawa gabungan MAB dan TCS sudah melahirkan satu solusi yang menjadikan MAB sebagai peneraju dalam keupayaan digital, seterusnya berupaya menawarkan pengalaman pengguna yang lebih cemerlang kepada pelanggan,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Tambahnya, sistem awan berkenaan mampu mencatatka­n keputusan yang mengagumka­n dengan ramalan penguranga­n kos sebanyak 51 peratus dalam tempoh lima tahun bermula pertengaha­n 2016, peningkata­n produktivi­ti sehingga 80 peratus bagi aplikasi teras, tempoh masa penghantar­an aplikasi berjaya dipendekka­n, sekuriti serta keupayaan pematuhan dan pelaporan yang dipertingk­atkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia