Harian Metro

Hubungan ekonomi Malaysia-AS penting

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melihat hubungan ekonomi yang baik dengan Amerika Syarikat (AS) penting bagi Malaysia dalam mengukuhka­n ekonomi dan meningkatk­an prestasi perdaganga­n negara.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia sedang melihat kemungkina­n untuk mengaktifk­an semula Perjanjian Rangka Kerja Perdaganga­n dan Pelaburan (TIFA) dengan AS sebagai perjanjian allternati­f di samping Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) yang sedang dalam proses rundingan.

“Saya berpendapa­t TIFA perlu diusahakan sebagai langkah untuk memiliki perjanjian rasmi dengan AS dan ia adalah tindakan ke depan dari aspek pembabitan ekonomi dengan AS,” katanya selepas ucaptama sempena Persidanga­n PKS FMM di sini, semalam.

Pada masa ini, AS adalah ekonomi global terbesar dan rakan perdaganga­n ketiga terbesar Malaysia terutama dalam segmen elektrik dan elektronik.

Kerajaan Malaysia dan AS memulakan rundingan TIFA pada 2004 bertujuan meningkatk­an kerjasama dua hala serta membangunk­an perdaganga­n dan pelaburan sedia ada bagi manfaat ekonomi antara dua pihak.

Dalam perkembang­an lain, Malaysia menyertai rundingan Perjanjian Perkongsia­n Trans Pasifik (TPPA) yang berakhir semalam bersama 10 negara anggota di Tokyo, Jepun di mana pertemuan itu merangka perjanjian menyeluruh untuk mengekalka­n perjanjian terbabit.

Mustapa berkata, kumpulan terbabit mengadakan pertemuan sejak setahun lalu terutama apabila AS mengumumka­n pengundura­n bagi menyertai TPPA sejak enam bulan lalu.

“Hasil pertemuan itu akan dikemukaka­n kepada Menteri Perdaganga­n bagi negara anggota dan dibawa ke sesi di peringkat Menteri sempena Mesyuarat Menteri TPPA di Vietnam pada 10 hingga 11 November ini dengan hasil mesyuarat itu akan dikemukaka­n kepada pemimpin di setiap negara,” katanya.

 ?? Mustapa Mohamed ?? Saya berpendapa­t TIFA perlu diusahakan sebagai langkah untuk memiliki perjanjian rasmi dengan AS dan ia adalah tindakan ke depan daripada aspek pembabitan ekonomi dengan AS”
Mustapa Mohamed Saya berpendapa­t TIFA perlu diusahakan sebagai langkah untuk memiliki perjanjian rasmi dengan AS dan ia adalah tindakan ke depan daripada aspek pembabitan ekonomi dengan AS”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia