Harian Metro

Buka 2,000 pasar mini

 99 Speedmart sasar tambah cawangan di seluruh negara dalam tempoh 5 tahun lagi

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

99 SpeedMart Sdn Bhd, pengendali rangkaian pasar mini 99 SpeedMart menyasarka­n pembukaan 2,000 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusin­ya Lee Thiam Wah berkata, sasaran itu ditetapkan selepas syarikat mencatatka­n peningkata­n jumlah cawangan kepada 1,000 Ogos lalu daripada 100 pada 2008.

“Kami berhasrat membuka lebih banyak lagi pasar raya mini 99 SpeedMart di seluruh negara selepas bermula di Selangor dan berkembang di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang dan Sabah,” katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, cawangan pasar mini itu kini boleh didapati di seluruh negara yang menawarkan produk dan perkhidmat­an berkualiti serta persekitar­an beli-belah pada harga berpatutan bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Menurutnya, 99 SpeedMart membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan kini ia memiliki 10,000 pekerja di seluruh negara dengan lebih 90 peratus kakitangan adalah warga tempatan.

“Selain menawarkan jualan produk, kami mengikuti trend semasa dengan menawarkan perkhidmat­an pembayaran elektronik bagi bil air, tambah nilai mudah alih dan pengambila­n beli-belah atas talian di beberapa cawangan yang membolehka­n pelanggan mengambil barang dibeli secara atas talian

di cawangan 99 SpeedMart terdekat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, 99 SpeedMart berhasrat meluaskan pasaran di luar negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Ia mempunyai enam pusat pengeluara­n di Semenanjun­g serta Sabah.

 ??  ?? PASARAYA 99 Speedmart beri keselesaan beli-belah kepada pengguna.
PASARAYA 99 Speedmart beri keselesaan beli-belah kepada pengguna.
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia