Harian Metro

E-dagang Malaysia di FB catat RM10.19b

-

Kuala Lumpur: Sektor e-dagang Malaysia menunjukka­n peningkata­n ketara apabila mencatatka­n pertumbuha­n 47 peratus pada 2015 kepada nilai mencecah AS$2.41 bilion (RM10.19 bilion).

Pengurus Negara FB bagi Malaysia Nicole Tan berkata, setakat ini, bilangan pengguna Facebook (FB) di Malaysia mencecah 21 juta dan ada antaranya menggunaka­n medium media sosial untuk perniagaan.

Katanya, secara purata, rakyat Malaysia menghabisk­an 187 minit sehari menggunaka­n telefon mudah alih masing-masing yang sepatutnya dimanfaatk­an sebagai peluang perniagaan bagi melaksanak­an strategi e-dagang yang tepat untuk promosi produk dan perkhidmat­an mereka.

“FB di Malaysia sedia bekerjasam­a dengan perniagaan besar dan kecil. Bagi kami, e-dagang adalah peluang lumayan untuk mengembang­kan perniagaan.

“FB akan memfokus bagi membantu perniagaan bukan saja di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara menerusi e-dagang,” katanya pada majlis pelancaran kempen Discover Growth FB, di sini, semalam.

Kempen laman media sosial itu bertujuan membantu perniagaan merebut peluang pertumbuha­n menerusi kempen pengiklana­n perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) global.

Tan berkata, seiring kedudukan Asia Tenggara yang dilabelkan sebagai sempadan baru e-dagang, ia penting bagi perniagaan berasaskan produk pengguna melaksanak­an strategi tepat bagi jenama masing-masing.

Menurutnya, sektor e-dagang di Asia Tenggara diunjur berkembang 10 kali ganda menjelang 2020 dan mewujudkan peluang niaga.

 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia