Harian Metro

MENULIS GUNA 2 TANGAN

- Agensi

 Lelaki tubuh sekolah untuk latih pelajar kuasai kemahiran istimewa

Sebuah sekolah terpencil di India kini mendapat tumpuan dunia selepas hampir semua 300 pelajarnya adalah ambidekstr­us atau individu yang mampu menggunaka­n kedua-dua belah tangan dengan sama baik.

Kajian menunjukka­n hanya satu peratus penduduk dunia adalah ambidekstr­us dan pengasas Sekolah Veena Vandini, Madhya Pradesh mahu mengubahny­a.

Pengasas sekolah itu, VP Sharma memberitah­u, dia mendapat inspirasi daripada Presiden pertama India, Rajendra Prasad yang juga seorang ambidekstr­us.

“Saya membaca buku mengenai Prasad yang boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan dan memberi saya inspirasi untuk mencubanya.

“Saya kemudian membuka sekolah ini di kampung saya dan melatih pelajar menulis dengan kedua-dua belah tangan,” katanya.

Menurutnya, pelajar dari darjah satu dilatih menulis dengan kedua-dua belah tangan pada setiap hari.

“Apabila mereka berada di darjah 3, pelajar ini sudah selesa menulis dengan kedua-dua belah tangan.

“Pelajar di darjah lapan dan 10 pula mampu menulis dengan lancar dan tepat, malah mereka boleh menulis dua skrip secara serentak,” jelasnya.

Setiap 45 minit kelas di sekolah itu, 15 minit diperuntuk­kan untuk latihan menulis bagi memastikan setiap pelajar mempunyai kemampuan menulis dengan kedua-dua belah tangan mereka.

Sharma percaya kemahiran itu membantu pelajar menguasai pelbagai bahasa dan mereka juga berlatih menulis perkataan sama untuk bahasa yang berlainan.

Menurutnya, mereka yang mampu menulis dengan kedua-dua belah tangan lebih fokus untuk melakukan sesuatu tugasan.

 ??  ?? HAMPIR semua 300 pelajar di sekolah ini boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan mereka. - Agensi SEORANG pelajar menunjukka­n kemahirann­ya menulis dengan kedua-dua belah tangan.
- Agensi
HAMPIR semua 300 pelajar di sekolah ini boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan mereka. - Agensi SEORANG pelajar menunjukka­n kemahirann­ya menulis dengan kedua-dua belah tangan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia