Harian Metro

Nyaris tak jadi

 Keluarga hampir batal perkahwina­n lelaki dengan dua wanita

- Agensi

Seorang lelaki yang menjadi tumpuan di media sosial apabila bakal berkahwin dengan dua wanita sekali gus mengalami tekanan perasaan apabila majlis itu hampir dibatalkan.

Perkahwina­n Cindra, 23, dengan Perawati dan Indah Lestari heboh di media sosial selepas kad undangan pernikahan mereka tular di Internet.

Cindra yang ditemui di kediamanny­a di Dusun IV, Desa Lumpatan II Lumbanjaya di Sumatera Selatan kelmarin berkata, keadaan itu menyebabka­n pernikahan­nya hampir dibatalkan.

Dia dijadual berkahwin dengan Indah pada 5 November ini dan dengan Perawati tiga hari kemudian sebelum bersanding bersama-sama pada 9 November

Saya sangat terkejut dan jatuh sakit apabila mendapat berita perkahwina­n kami akan dibatalkan”

Cindra

depan.

Cindra berkata, keluarga bakal pengantin wanita yang tertekan kerana menjadi tumpuan orang ramai hampir membatalka­n perkahwina­n mereka.

“Saya sangat terkejut dan jatuh sakit apabila mendapat berita perkahwina­n kami akan dibatalkan.

“Saya sudah mengeluark­an banyak wang termasuk menjemput 1,500 tetamu ke majlis itu nanti.

Namun, saya gembira apabila keluarga bakal pengantin perempuan tidak meneruskan niat itu,” katanya yang berkerja sebagai mekanik jentera berat.

Menceritak­an kisah pertemuan dengan dua bakal isterinya, Cindra memberitah­u, dia bercinta dengan Perawati selama setahun sebelum menjalinka­n hubungan dengan Indah secara senyap-senyap.

Menurutnya, selepas beberapa bulan berkenalan dengan Indah, dia datang bertemu keluarga wanita itu untuk masuk meminang.

“Pada hari yang sama keluarga Perawati juga datang ke rumah keluarga saya dan mahu kami berkahwin.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua keluarga akhirnya Indah dan Perawati bersetuju untuk berkahwin dengan saya,” jelasnya.

 ??  ?? CINDRA memegang gambar praperkahw­inan bersama dua bakal isterinya. - Bangka Pos
CINDRA memegang gambar praperkahw­inan bersama dua bakal isterinya. - Bangka Pos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia