Harian Metro

Thailand batal 4 pasport Yingluck

-

Bangkok: Pihak berkuasa Thailand membatalka­n pasport bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak dihukum penjara, kata pegawai semalam.

Yingluck yang digulingka­n dalam rampasan kuasa pada 2014, dihukum penjara lima tahun pada bulan lalu kerana gagal membendung amalan rasuah dalam dasar subsidi beras.

Keputusan itu yang menamatkan kerjaya politiknya dan dikritik penyokong Yingluck sebagai usaha untuk menyingkir­kannya daripada dunia politik.

“Semua pasport Yingluck kini dibatalkan tetapi kami tidak tahu lokasi dia berada.

“Hanya laporan mengatakan dia berada di Britain, tetapi di bandar mana dia berada tidak diketahui,” kata Menteri Luar Thailand, Don Pramudwina­i.

Yingluck mempunyai empat pasport Thailand dua milik peribadi dan dua diplomatik.

Timbalan ketua polis Thailand, Srivara Ransibrahm­anakul berkata, pihak berkuasa masih berusaha menjejak lokasi Yingluck bagi mendapatka­n perintah ekstradisi.

“Namun tiada negara menjawab dan memberitah­u mereka berjaya mengesan Yingluck,” katanya. AFP

 ??  ?? YINGLUCK
YINGLUCK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia